Nak tahu Rahsia Untuk Kembalikan Keinginan Isteri Anda Untuk Bersama? Klik Disin Sekarang!!
Powered by MaxBlogPress  
Jun 02

Selama ini media sering memaparkan kisah-kisah atau kes-kes penceraian yangdalam masyarakat. Hampir setiap hari ada saja cerita-cerita mahkamah tentang penceraian, penuntutan hak dan nafkah serta yang berkaitan.

Kerana terlalu banyaknya kes-kes yang dilaporkan terutama yang sensasi membabitkan selebriti,maka kita tidak dapat tidak membuat andaian kes penceraian semakin tinggi dan kinimenjadi perkara biasa hingga masyarakat tidak lagi berasa malu apabila berdepan dengan penceraian.

Penceraian Bukan Perkara Biasa?

Penceraian Bukan Kebiasaan?

Sama ada kita benar-benar ditipu oleh media, baik arus perdana mahupun media baru (blog), atau mungkinsilap kita yang membuat persepsi membabi buta tanpa menyedari hakikatnya.

Akhbar baru-baru ini menyiarkan berita laporan dari kajian yang dibuat oleh LPPKN tentangpenceraian dan punca-puncanya. Kajian yang dibuat pada 2000 itu menunjukkan jumlah pasangan yang bercerai di negara ini hanya pada kadar 0.7 peratus dari keseluruhan jumlah pasangan yang telah berkahwin.

Nampaknya, kes penceraian di negara ini terlalu rendah dan tidak sampai pun 1 peratus. Maknanya lebih ramai yang mementingkan keluarga dan memilih untuk kekal bersama pasangan masing-masing.

Oleh sebab itu, kita boleh mengandaikan penceraian barangkali sesuatu yang jarang atau ‘luar biasa’ dikalangan masyarakat.

Mungkin kerana ini, mereka yang bercerai tanpa sebab yang munasabah patut berasa malu kerana memilih penceraian sebagai jalan keluar, sedangkan hakikatnya perkahwinan adalah rahmat Allah.

Walaupun peratusan yang bercerai adalah terlalu rendah, perkara ini tidak seharusnya dipandang ringan. Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu mengambil inisiatif menangani perkara ini. Umum mengetahui penceraian ibubapa boleh menjadi punca kepada kewujudan masalah sosial yang lain di dalam masyarakat. Penceraian akan melahirkan lebih ramai ‘raksasa’ yang akan merosakkan keharmonian hidup bermasyarakat.

Kepada mereka yang menghadapi masalah rumahtangga, diakui memang payah dan amat sukar untuk memulihkannya seperti sediakala. Tetapi mereka haruslah berusaha untuk  menyelamatkannya. Setiap penyakit ada penawarnya.

Wallahualam.

Sell Links On Your Site

www.chicwear.com.my

Share This Post

written by FaisalHanim \\ tags:

May 23

Semalam, khutbah Jumaat mengungkap nasihat berkaitan guru dan pelajar. Pada awalnya dijelaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang murid yang menerima wahyu dari Allah. Dan Baginda juga merupakan guru yang mengajarkan umat manusia ilmu agama. Pembelajaran dan pengajaran tidak pernah berhenti dalam diri Baginda.

Maksudnya, seorang guru itu juga merupakan seorang pelajar, yang akan sentiasa memperbaharui atau menambahkan ilmu di dadanya.

Mendengarkan khutbah semalam, terkenangkan kisah dalam zaman-zaman persekolahan  dulu. Dari darjah satu sampailah ke tingkatan lima.

Entah berapa ramai guru yang telah mengajar diri ini. Dan macam-macam jenis guru telah ditemui. Ada yang sangat baik, sangat penyayang terhadap anak muridnya. Ada yang sangat dedikasi dengan profesion perguruannya.

Dan tidak kurang juga yang bengis, langsung tak senyum, serta malas dalam profesion perguruannya.

Apapun mereka tetap seorang guru. Betapa tinggi nila jasa mereka, hanya Allah yang tahu dan tak mampu untuk kita menilai mahupun membalasnya. Kerana ilmu yang mereka berikan tidak seperti harta wang ringgit. Ilmu yang mereka berikan sentiasa berkembang dan tidak pernah habis sedangkan harta itu kalau diberikan akan habis.

Siapa ya, guru yang paling saya ingat semasa zaman sekolah dulu? Antara yang diingati, Cikgu Razman (guru matematik yang kami panggil ustaz), cikgu Aishah (yang suka cubit kuat-kuat sebab saya ketua darjah, kalau tak panggil dia masuk kelas on time mesti kene cubit..ouchhh!).

Ustazah Norizan (yang suruh kami buat lakonan dalam kelas…malu giler!), Cikgu Wong (yang baik dengan saya dan kekawan walaupun kami cuma menumpang kelas tambahan beliau) dan ramai lagi.

Sebenarnya ramai lagi, tetapi tak ingat pula nama-nama mereka. Walaubagaimanapun, terima kasih buat guru-guru semua yang telah membantu mencorakkan pemikiran saya. Memberi pendidikan yang sempurna kepada saya. Semoga Allah memberkati anda semua.

Terima Kasih Warga Pendidik!

p/s: Orang kata cikgu-cikgu nie sombong…betul ker? Tak Caya lah…

Bagaimana dengan anda? Siapakah guru yang paling anda ingati di sekolah dulu? Jom kongsikan cerita.

Share This Post

written by FaisalHanim \\ tags: ,

May 23

Perkahwinan adalah sistem asas hidup bermasyarakat. Di situ wujudnya unit-unit kecil masyarakat. Pemimpin dan yang dipimpin. Yakni suami sebagai pemimpin dan isteri serta anak, yang dipimpin.

Penyatuan dan ketenteraman sebuah perkahwinan bergantung kepada pemimpin dan orang yang dipimpin. Jika tidak ada persefahaman, tolak ansur, hormat-menghormati maka akan wujud kecelaruan dalam rumahtangga.

Kesan dari kecelaruan ini bukan akan hanya merosakkan ikatan perkahwinan tersebut atau institusi kekeluargaan terbabit, tetapi turut memberi kesan kepada sosial dan budaya masyarakat yang lebih luas.

Antara kesan-kesan negatif yang barangkali berpunca dari keruntuhan atau kecelaruan rumahtangga adalah:

  • Keganasan
  • Gangguan emosi
  • Penyalah gunaan dadah
  • Tingkah laku agresif
  • Hilang keyakinan diri.

Kesan-kesan negatif ini boleh saja berlaku terhadap kanak-kanak mahupun golongan dewasa.

Kita brangkali biasa membaca diakhbar-akhbar tentang kejadian bunuh suami atau isteri, bunuh diri, ponteng sekolah, rogol dikalangan ahli keluarga dan sebagainya.

Namun tidak semua konflik yang berlaku dalam rumahtangga akan membawa kepada kesan negatif. Ada golongan indvidu yang dapat menyesuaikan keadaan itu untuk mendorongnya menjadi lebih baik dan berguna.

Perbezaan pendapat dan peranan dalam rumahtangga seharusnya tidak berlarutan dan melarat sehingga membawa kepada keganasan dalam rumahtangga. Seperti baru-baru ini kita mendengar kes seorang wanita membunuh suaminya dengan memberikan ubat tidur sebelum bertindak mencekik suaminya sehingga mati.

Tidak ada sebarang masalah di dunia ini yang tidak dapat diatasi. Kewarasan berfikir diperlukan dalam menyelesaikan masalah-masalah tersebut.

Untuk memahami lebih lanjut tentang menangani masalah keganasan rumahtangga, barangkali anda boleh klik pada link ini.

Jadi, jika berlaku masalah dalam rumahtangga, cuba atasinya dengan waras, berhemah, bersabar dan berrtolak ansur. Jika perlu dapatkan bantuan dari pihak lain yang dihormati oleh kedua-dua pihak (dengan persetujuan kedua-dua pihak juga), contohnya seperti iman atau ustaz, pakar kaunseling atau ibu bapa (yang layak dari segi pertimbangan).

Kita mungkin berasa gerun mendengar kes-kes penceraian, pertelingkahan, keganasan rumahtangga dan masalah-masalah sosial yang lain.

Kita tidak mahu anak-anak kita bakal mewarisi dunia yang penuh kecelaruan yang akhirnya menjahanamkan mereka atau menjerumuskan mereka ke lembah kehinaan.

Wallahualam.

Share This Post

written by FaisalHanim \\ tags: ,

May 19

MyTasnim.com pada asalnya bermatlamat untuk menjadi sebuah blog komuniti. Maksud komuniti disini adalah orang ramai juga dialu-alukan dan dibenar untuk turut menyumbang artikel ke blog ini.

Agak sukar juga untuk mendapatkan penulis-penulis jemputan untuk blog ini. Ntah di mana silapnya. Mungkin tawaran RM5 tidak berpatutan.

Tidak mengapa. Itu bukan masalah besar yang perlu dirisaukan :)

Bagi menambah baik blog MyTasnim.com ini agar lebih berinformasi dan memberi faedah kepada para pembaca seperti anda, MyTasnim.com memerlukan bantuan anda.

MyTasnim.com memerlukan cadangan, komen, nasihat, atau apa saja yang berkaitan dan membina dari anda. Luangkan sedikit masa anda untuk sama-sama memberi pandangan yang dapat membina dan memantapkan lagi MyTasnim.com.

Semoga, apa yang bakal diperolehi di MyTasnim.com ini dapat memberi informasi dan nasihat yang berguna buat anda semua, pembaca setia MyTasnim.com. Sekian terima kasih.

Share This Post

written by FaisalHanim \\ tags: ,

May 06

Untuk post kali ini mari kita singkap sejauh mana kita sanggup berkorban demi mempertahankan sebuah cinta. Cinta yang dimaksudkan disini adalah cinta antara manusia (sebab sudah tentu cinta dengan Pencipta adalah luar biasa).

Cinta antara anda dan suami/isteri, atau kekasih. Sejauh mana anda sanggup “renangi lautan api”,  “meredahi onak berduri”, “berkorban apa saja”, “mendaki gunung yang tinggi” dan sebagainya.

Adakah benar adanya sebuah kisah cinta yang begitu hebat sepertinya kisah klasik dulu kala.

Apa pandangan anda? Sanggupkah anda berkorban demi sebuah cinta? Kalau berani jom bicarakan  disini. Luangkan masa anda. Nilaikan semula diri anda…muhasabahkan tentang cinta anda. :)

Share This Post

written by FaisalHanim \\ tags: ,